Saturday, 11 May 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin menjelaskan tentang satu perkara berkenaan dengan akidah kita umat Islam yang berpegang dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah berkenaan dengan pengertian makhluk. Makhluk menurut ahli sunnah wal jamaah ialah benda yang ada permulaan ataupun baru seperti surga, neraka, malaikat, jin, manusia, dan lain-lain. Jadi makhluk ini tidak boleh memberi mudarat atau manfaat, tetapi di sisi makhluk Allah taala meletakkan mudarat ataupun manfaat padanya, ini bererti bukan makhluk itu yang memberi mudarat atau manfaat tetapi Allah. Makhluk hanya menjadi sebab sahaja, yang memberi bekas ialah Allah taala. Oleh yang demikian, tuan-tuan atau puan-puan yang ingin mengambil makhluk seperti keris, lembing, batu permata, dan lain-lain sebagai sebab mestilah mengitkadkan di dalam hati bahawa Allah yang memberi bekas bukan makhluk tersebut. Makhluk tersebut adalah sebab musabab sahaja seperti kalau lapar kena makan nasi atau apa2 sahaja, bukan nasi yang mengeyangkan kita tetapi Allah.
 Dalil :

 " Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah...."

No comments:

Post a Comment